Wednesday, 15 February 2017

ABAH....KAKAK RINDU...


Abah yang tak pernah lelah mencintaiku dengan penuh kasih
Menyayangiku tanpa batasan, mengajar dan mendidikku sedari kecil
Abah telah berikan pendidikan terbaik yang abah mampu
Mempersiapkan kakak menjadi generasi baru, penerus bangsa, penerus agama
Kala kakak kecil…
Kau menimangku dengan lantunan ayat-ayat suci Al-Qur’an
Kau bersenandung salawat saat menggendongku manja
Mengenalkan kakak betapa indahnya dunia dengan keagungan-Nya
Tak peduli betapa lelah dirimu,
Tak peduli berapa banyak beban dipundakmu,
Tak peduli sesulit apa masalahmu
Kau selalu menyempatkan, menyisihkan sebagian waktumu
Hanya untuk bercanda ria denganku
Hanya untuk tertawa bersamaku
Senyum hangat dibibirmu, halus tutur katamu
Lembut belaian kasihmu
Aku rindu
                                                                 Aku rindu semua itu
                                                                  Ingin memelukmu
Bukan, bukan balasan yang kau tunggu dariku
Namun kejayaan yang abah tunggu
Ya, kejayaan yang penuh kebanggaan dari anakmu ini,
Yang akan menjadi catitan istimewa untuk abah
Ribuan terimakasih takkan pernah cukup
Dan ku tau,
Tak kan pernah ku mampu membalasmu
Hanya dengan kesungguhan kakak menjagamu kelak,
kakak harap mampu membuat abah senyum di masa tuamu
Dengan doa yang tak terputus,
kakak harap dapat menghantarkanmu kelak ditaman surga-Nya
kakak sayang abah
Ada begitu banyak hal yang kakak ingin beritahu dekat abah. Saya tidak memiliki kata-kata atau gagal untuk menemukan waktu atau tempat. yang sebolehnya.
Kakak rindukan masa kita yang dulu, abah selalu bertanya tntang akak
Abah nak marah sekalipon abah tetap senyum, dan abah tak pernah
pukul kakak, sedangkan akak ada buat masalah.
Adik2 akan cemburu setiap kali abah marah dyorang tapi kakak abah tak
pernah tinggikan suara dan naik tangan.

Abah....
Kakak rindu gelak besar abah dan kata2 poyo abah.
Abah suka perasan, cakap putih la ensem la kurus la...
tapi sebenarnya tak pon kan....
HAHAHAHAHAHA
Dengan abah jer kakak boleh cerita semua masalah.
Kakak nak apa2 dengan abah jer kakak mintak
Dengan abah jer akak boleh ajak lepak kedai roty canai.
ermmmmm akak rinduuu...

But now kita da tak macam dulu kan..
semua dah berubah....
Akak dah besar dah duduk jauh dari abah
Akak dah merantau jauh ke negeri abah sendiri
Akak galas tggjuwab abah tuk jaga Wan dekat KL
Akak balas jasa abah dengan melalui semua ni.

Abah...
Kakak harap kita boleh jadi macam dulu
Kakak mohon ampun atas kesilapan akak yang lepas.
Kakak tahu abah marah sangat, abah terkilan sangat.
Mungkin itu silap kakak, kakak akan buat abah bangga nanti
Kakak harap dengan segulung ijazah dari kakak nanti
 dapat membuat abah senyum dan ketawa lagi.
Kakak sayang abah..

Anakmu 
NUR NADIA FARHANA BINTI RAZALI

Wednesday, 4 November 2015

SHORT VACAY PULAU PERHENTIAN


Assalamualaikum..

Hooollaaaaa............
Haiiiiii readers semua, uishhh kusyuknya usha blog org..Hahahhha sori gurau jer :)  Sape pernah pergi terengganu?? atau kampung dia kat terengganu? Pernah sampai Pulau Perhentian tak?? Apaaa??? tak?? alooo.. ruginya. Pulau Perhentian memang cantik. cantik.dan cantik. Happy sangat ke sini. Saya pegi 3 orang jer kazen saya kawan kepada kazen saya, kawan saya jugak la. Kami bergerak dari KotaBharu ke Jeti Besut Terengganu dari pagi lagi. Kami tiba di Jeti pagi lagi dalam pukul 9.00pg kalua tak cilap sebelum Ferry yang kami booking bergerak pergi. Memang jauh la...




Boat muat 12 orang jer. Kite bertiga then ada lagi group minah2 saleh naek sekali dengan kteorng. :). Perjalanan dalam boat tu sangat la mencabar. Tips untuk orng yang mabuk laut boleh la duduk dekat belakang boat yer. Huhuhu. Sebab kat situ kurang sikit hentakan. Saya sukakan air so duduk kat tepi boat dapat main2 dengan air. Perjalanan jeti ke pulau mengambil masa lebih kurang 45minit la jugak. Di sini la adventure pertama bermula dimana kami di lambung ombak sampai terangkat2. Tapi best giler naek boat dia laju weyhhh. :)









Haaaa akhirnya sampai pon ...Cantik sangat sangat sangat. Kiteorng duduk pulau besar dekat Flora Bay. Sampai jer check in dia bg kupon untuk naek boat hari kedua nanti untuk snorkling keliling pulau. Lepas masuk jer bilik rehat kejap baru rase perut lapr rupanya sebab dari pagi lansung tak sentuh makanan kot. Nasib baek dalam beg ada bawa bekal roti. Hahahahah.

1st lesson : bawak duit banyak sikit sebab makan kat pulau mahal giler n xda mesin ATM tau :)










Then lepas tu lepas siap makan solat semua dan terus siap-siap nak beraksi dekat pantai n depan kamera la ape lg. Hahahahaha.Siap jer tukar baju untuk beraksi, ape lagi monopod wajib ok kalau tak sape la nak ambik gambar kteorg. Hahahaha. Tengah hari lagi kan masa tu so nak mandi takut hitam huhuhu so keluar posing n bergambar jer la sambil survey2 kawasan untuk kiteorang mandi petang nanti. :p

















Dahhh bila dah penat bergambar masuk bilik rehat nak tunggu petang. Masa tu nak gmbar susah sebb ambik dengan iphone kan mana boleh bluetooh. Sedih.... Dah la line xda nak whatap? wechat? lansung tak da.. mesej n kol pon kene cari betul2 line. Aduiiii memang kat pulau kan semua macam ni..HUHUHUHU.. :) Then dah puas bergolek2 bergelak dengan diorg dekat bilik apa lg ciap2 la solat asar tukar baju untuk mandi pantai...Yeayyyyy :)


























Okeyyyy....sumpah penat giler weyy..dah dekat nak mahgrib cepat kteor msuk ker bilik ciap2 tuk keluar makan malam.Kteorng ambik pakej promosi masa tu rm299 inc makanan n snorkling. Murah kan ??? Hahahha.

Hari kedua...

Pagi-pagi lagi dah kene panggil dari org resort suruh keluar breakfast. Masing-masing muka mamai jer sebb penat sangat main air petang semalam. Breakfast pon include dalam packge kteorang ambik. Breakfast omputih okay... no nasik-nasik lemak ..:p









 Lepas breakfast then siap-siap tuggu boat datang ambik dalam pukul 10 pg la dia cakap tapi lewat juga..Melayu punya janji kan. Kteorang dekat pulau perhentian besar ni memang semua pkul 10 pagi pegi snorkelling. Tak pasti kenapa tak tanya pulak. huhuhu. Boat sampai first dekat kteorang then pegi ambik passanger lain yang akn snorkelling sekali dengan kteorang. Dekat Matahari Bay naek 4 orang dan sorang mat saleh x egt tmpat penginapan dia nama ape. Huhuhu. 




sambil tunggu boat :)

ni masa ambik peralatan nak snorkelling.Sempat lagi kan. huhu


Okey dalam satu boat tu 8 orang naseb la semua boleh buat geng kan. 1st kiteorang dibawa praktis dekat satu tempat untuk guna alat snorkellin. Dia orang panggil water confident..

Next, kiteorang di bawa ke turtle point. Ramai juga orng snorkelling kat sini. Brader doat yang bawa kteorang tu tlg usha dulu kat mane tempat yang ada turtlr. Dalam lima minit jugak la nak cari turtle tak jumpa. Sekali tetibe brader tu suh lompat. Sebab nampak da turtle kat mana. Apa lagi dah la sy memang jenis suka air terjun la kan. Hahhaha

Best giler dapat tengok turtle live dalam air. Turtle tu macam paham jer orang nak tgk die. Die tak lari pon.wat derk jer..huhuhu. Walaupon dapat tengok kat surface jap jer tetap best. Dah puas tengok turtle kami di bawa pi check in check point seterusnya iaitu nema point. Kat check point pi best giler sebab ikan0ikan dia manje jer...Untuk korang imagine tempat tu dekat jeti taman laut. Tapi kat sini kene hati2 if snorkelling area jeti cos lantai area tangga jeti ni sangat licin.

2nd lesson : Bawak hansaplast, ubat luka terus masa nak datang

Next check point adalah shark point. Suka sangat2 biler berpeluang tgk shark sebab snorkelling x ikot orang p sorang then kite jumpa orang tak jumpa la.HUHUHU. Shark duduk kat dasar masa tu dapat tgk dua ekor shark. Last check point dekat Lata Berani. Air kat sini sejuk gila dan di percayai siapa yang minum hajat boleh termakbul. Cehhh kurafat jer tu.Allah jer boleh memakbulka. Sila jangan berangan tempat ni macam air terjun hokey... Lata berani ni kolam kecil yang dia buat utk tadah air lata berani yang keluar dari pasir,

Part last sekali kteorang di bawa ke perkampungan nelaya untuk makan tgh hri..Sedap juga makann dia sebab orang Thai yg msak. Mat saleh yang naek boat sekali dengan kteorang tu makan sekali dengan kteorang. Saya la yang jd juru bahasa dia. :p











































Sampai chalet baru pkul 3.30 ptg balik jer kteorang tetido penat yang amat plus hapy sgt2. Tersedar pukul 5 petang hajat di hati nak maen kayak tapi dah di tmpah penuh oleh student yang datang buat rmbongan.Haaaaa tu la orng datang nak bercuti bukan tido..Hahahhaha. So petang tu juz rnda2 pantai sambil ambik gambar jerla..











Okeyyy last day daaa...
Lepas breakfast terus siap2 packing barang semua sebab kteorang ambik boat pkul 2 petang. So semapt la nak meronda lagi pg tu. Tapi di sebabkan penat yang tramat2 terkubur macam tu jer angan2 kteorang. Then boat samapi terus ambik boat p jeti. Sampai jer dekat jeti ronda2 kejap situ beli ole2 tuk orang rumah la kan. Jumpa pulak dengan geng snorkelling sempat plak tu bergambar n borak2 dengan dieorg. Hahahhaha



















Okey...kesimpulannya...memang best la kan tak kan x best pulak datang vacaytion ni.... Nanti simpan angan2 nak datang dengan Mr.Hubby la pulak.Hahahahah gatal naw..Okey la setakat ni jer entri sy kali ni enjoy reading :)















Sunday, 1 November 2015

MY CONVOCATION DAY

Assalammualaikum,

Tadaaaa...happy convocation day to all of my Diplomamates....

23/3/2015 
Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam Terengganu

Dah macam tajuk karangan pulak yer entry sy kali ni..huhuhu...Ye tarikh tersebut merupakan tarikh hari bersejarah sy iaitu hari konvokasyen sy. Yeehaaa. Sy suka sangat sangat sangat..

Alhamdulillah...

Now, I am officially graduate from Politeknik Malaysia. Diploma in Accountancy, ha, tu makan dia. Tu kursus yang sy harungi dengan pahit jerih tangis tawa sepanjang 3 tahun lepas. Lama tu 3 tahun. Macam2 kot terpaksa diharungi di negeri orang jauh dari mak ayah, adik2... Sedihhhh.. :(


Alhamdulillah sekali lagi ... Berjaya juga graduate on time cukup2 3 tahun...Bukan senang nak dapat sekeping diploma ni. Macam-macam masalah. Masalah emosi, masalah pelajaran, masalah kawan-kawan dan macam-macam lagi la. So adalah perasaanya amat berkobar2 nak p sambut scroll dengan Pengarah Politeknik Malaysia ni. Politekni Hulu Terengganu ni kecik jer tak ramai sangat student. Sy orang ke 134 naek pentas. Bila dah cepat naek dan cepat lah habis majlis.HUHUHUHU...maka banyaklah masa nak lompat2 posing2 dekat dewan dengan family n kawan2..Wahhhhh.. hapynyer


Tapiii... ada part sedih masa konvo. Hurm..Abah tak dapat datang ada kerja. Sebenarnya amat berharap sangat abah n mama datang tapi nak buat macam mana kan...Sedihhh...Plus..sy anak sulong anak pertama yang konvo nak juga abah n mama tengok sy naek pentas terima sijil.Hurm...mama n adik2 jer datang.  Berminggu juga xcakap dengan abah.Merajuk. Huhuhu...Dari Kelantan mama drive sorang2 usaha nak datang tengok ank dy konvo penat balik dari family day sekolah pon dy tak hirau.Terharu sangat...Akhirnya dapat membanggakan orang tua yang banyak berjasa pada sy dari segi kasih sayang wang ringgit dan semuanya lah...


Apa lagi erk nak cerita?? ok hari tu juga merupakan hari last jumpa dengan kawan2....Nanti semua dah keje dah sambung degree lg susah nak jumpa. Dekat sana masa belajar sy ada 3 orang bodyguard lelaki.Tak kira sy sedih sakit lapar mereka mesti ad. Asyraf, Fadhil n Bani org yang sanggup habiskn duit PTPTN semata2 nak memujuk sy nagis sebab esaiment lupa nak save, Huhuhu..cengeng tak?mcm budak2 kan...Tapi diorg tak pernah mengeluh sebab kami da macam adk beradik klau diorng ada masalah sy plak yang tlg. N geng sy la paling nakal kot mengikut batch sy. Yer la pensyarah mana tak kenal paling malas buat nota paling lambat hantar esaimen Yaya, Que, Nang n Syiera... Tapi hati kami baek tau selalu tlg lect n p lepak dekat bilik lect .Lect fev kami mestilah Cik Emy dy mngajar M.Acc n lect laki plak PAPA kami iaitu P.A kami En.Hamdan....Fev tu tempAt lepak kami bilik diorg la ketua geng x lain tak buakn mestilah sy. HAAHAHAHHA..jahat tak??Tu zaman belajar la sekarang tak dah. Now semua dah ad job masing2 sy pon dah keje. Kadang2 rasa rindu dekat diorng selalu menyapa bila nak berkumpul balik..Dapat gelak sesama makan mggi sesama. Tapi syg, kteorng tak dapat grad sesama sy sorng shj yg lepas dyorng sangkut satu paper..Hurm nak ngis pon ad...Tapi nasib baek Nang n Que datang masa sy konvo...Sanggup demi besti...MEMORI..


HUHUHUHU...
Ni paling best masa sy konvo Mr.b sy pon dtg juga. Egt dy gurau jer nak datang, rupa2nya siyes. Hapy plus terharu snggup ponteng keje nak dtg konvo kite. Sebenarnya kteorng datang satu kreta. Sy,adik lelaki sy n adik perempuan sy serta Mr.b pegi awl sehari sebab sy kena p raptai konvo dulu. Petang tu hbis jer raptai terus p lepak bandar Kuala Terengganu. Once again, tq sudi dtg hari bermakna sy. Syg awk sgt.


Banyak pulak celoteh sy kan kali ni, bukan apa lame sangat tak membebel lam blog ni. Banyak p walking dekat blog org jer kan. Huhuhuh. Jom cuci mata tengok gmbar :)








OKEY.... bubye uols nnt rajin2 la komen erk ..Daaaaa :)