Awak....mata sila tunduk ok!!!
"Tengok ni, lukisan pun cantik tau, kalau wanita betul,
lagi cantikkan..??"
"Subhanallah,,indahnya ciptaan Allah ni.."saat
memandang seorang wanita..
Haih, punyalah banyak lagi ciptaan Allah yg cantik2, perempuan
juga yg dipujinya.??
Apabila lelaki tak jaga mata....
Antara alasan biasa :-
"Standardlah tu ,kitorang kan lelaki.."
"Normallah tu, kalau tak nnt org ingat ktorg ni gay
pulak...Eish!!"
"Kalau tak suka, something wrong somewhere.."
"Dah diorang tunjuk, kita tengok je lah.."
"Free show derr,sape tak nak..??"
"Tengok je pun,bkn buat ape2 pun"
"Tengok je, tak luak pun la.."
"Tengok je ,,tak sentuh pun la.."
"Ala,,perkataan dear je pun..ikut niat le..."
"Kata2 mesra sikit je.."
"Tengok je...tengok je...tengok sikit je...dan tengok
je.."
Walau hanya dengan lintasan kata hati...
"Astaghfirullah al'azim"..Ayat yg mmg sgt
menggerunkan seorang perempuan...
Ya Allah!! Ape je yg ditengok tu?? kalau AL-QURAN tu, jangan
kata baca, tengok je dah dpt pahala.. tapi.. aurat n aset perempuan ni, jangan
kata pegang, sentuh, usik n mcm2 yg tak sanggup disebut kat sini, TENGOK je dah
dapat DOSA...ulang tulis..DOSA!!!
TENGOK = DOSA!!! free2 je dapat dosa...
Tak buat ape,sekadar TENGOK JE dah dpt dosa..senang
je..seronok ke kumpul dosa mata???
Adakah sampai seorang wanita mengeluarkan kata seperti ini
barulah kata2 dan pandangan tu akan dijage??
"Jagalah pandangan kamu...kan Ghadul bashar tu wajib
untukku dan wajib untukmu.."
"Jagalah bahasa kamu..jangan mudah mengeluarkan kata2
menyentuh hati..tak kan kau tak tahu,,hati wanita ini rapuh,,mudah
disentuh.."
"Jangan sengaja mencari peluang utk mendekatiku...kau
tahu itu berbahayakan??
Ya... mungkin tidak semua wanita ambil kira tentang
ini..tapi,ape salahnya kau menjadi satu antara ribuan muslim yg menjaga
pandangannya..menjagakata-katanya....menjaga wibawanya....untuk dirinya
sendiri, kerana ALLAH..!!!
Beruntunglah telinga2 yg mendengarnya dan beruntunglah
bibir2 yang tak pernah menyebutnya dan berbahagialah hati2 yang tak pernah
terlintas perkara2 seperti ini....
Apabila lelaki tak jaga mata, pukul rata, tengok semua
benda...
Siapa kata, perintah menundukkan pandangan hanya untuk
perempuan..???
"Katakanlah kpd org2 mukmin (lelaki) agar mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka.Demikian adalah lebih
suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ape yg mereka kerjakan.Dan
katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan
menjaga kemaluan mereka"(Surah An-Nur : 30-31)
Hadith yg diriwayatkan di dalam Musnad Ahmad Ibn Hambal
bahawa, daripada Jarir bin Abdullah ra berkata "Aku bertanya kepada
Rasulullah s.a.w tentang pandangan secara tidak sengaja, maka baginda
menyuruhku memalingkan pandanganku.."
Dalam Hadith yg lain, Baginda s.a.w diriwayatkn bersabda kpd
Saiyidina Ali k.w "Wahai Ali, janganlah kamuikuti pandangan pertama dengan
pandangan kedua ..sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yg
kedua.."
Wahai Muslimin, duhai Muslimah..
Jagalah pandangan kita ...
Jagalah kata2 kita..
Ingatan untukku dan untukmu..
Selebih2nya adlh.."saya cakap utk
saya...diri saya".
P/S : ini untuk diri saya sendiri juga :)




No comments:
Post a Comment